Tetamu Tak Diundang
Kisah ini berlaku di rumah ibu mertuaku ...
Setiap dari peminjam inginkan hutang dilangsaikan dengan segera. Bila hutang dah selesai, rasa sangat tenang kerana tak perlu memikirkan hutang pinjaman peribadi. Saya jamin semua inginkan segera keluar dari zon berhutang
Berikut cara-cara membayar hutang pinjaman peribadi Bank Rakyat secara manual dengan hanya membayar dari aplikasi MAE Maybank.
Caranya adalah:
Masuk ke Aplikasi MAE macam biasa. Tekan Savings Account. Tekan TRANSFER.
Langkah 1:
![]() |
| Tekan Duitnow |
Langkah 2:
![]() |
| Masukkan nama bank |
Langkah 3:
![]() |
| Masukkan no akaun pinjaman. Tukar Fund Transfer ke Loan Payment |
![]() |
| Pilih Loan Payment |
![]() |
| Referrence tu letaklah BAYARAN HUTANG PINJAMAN |
Akhirnya, aku berjaya beralih dari simkad fizikal ke eSim melalui telco Maxis.
Bagi yang belum tahu fungsi eSim ni adalah fungsi eSim ni sama je dengan simkad fizikal cuma kita dah tak perlu dah nak isi simkad fizikal di tray simkad.
Kita hanya scan saja barkod lepas tu dah boleh pakai dah esim. Simkad lama tu dah boleh buang. Jadi tray simkad tu kosonglah.
Kalau korang nak masukkan simkad fizikal lain pun boleh je. Boleh isi mana-mana telco pun. Asalkan ada kredit. Kahkah.
Kelebihan eSim adalah korang dah tak perlu dah masukkan simkad fizikal di tray.
Apa sebab Apple buat macam ni ye?
Sebenarnya ia memudahkan pengguna sebenarnya. Korang tak payah dah menyusahkan diri cari alat sim ejector semata-mata nak tukar simkad. Jimat masa korang.
Bagaimana nak mohon eSim ni ye?
Macam aku sebagai pengguna setia Maxis ni aku perlu ke Pusat Jualan Maxis untuk mohon eSim.
Urusan permohonannya sekejap saja. Staff Maxis akan bantu korang untuk daftarkan dan akan dapat eSim masa tu jugak.
Cuma itulah. Kena buat kat Maxis Centre.
Kalau telco lain seperti Yodoo tu mudah saja. Boleh terus buat kat aplikasi Yodoo.
Untuk performance, setakat ni tiada masalah pun. Nak telefon orang macam biasa pun boleh.
Welcome eSim. Goodbye physical simcard!
Jatuh cinta pulak aku dengan iPad Mini 6 ni woih.
Memang kaw-kaw Apple meracuni aku. Hadui.
Harga iPad Mini 6 di Machines ni RM2355 (ada diskaun). Harga Apple Pencil pulak mahal gila. Aku pulak jenis suka nak drawing kartun.
Adui. Tunggu je lah keluaran terbaru iPad. Mana tau harga turun ke kan.
Sekarang aku tengah kumpul duit untuk beli iPhone 13 Pro. Memang cantiklah iphone ni. Kalau iPhone 14 akan keluar pada bulan Okt nanti. Kemungkinan aku akan beli iPhone 14.
Saja cuci mata tengok iPhone 13 Pro ni.
iPhone terakhir aku pakai adalah iPhone 7. Sekarang tengah nak kumpul duit nak beli iPhone ini.
Aku iFAG. Ada masalahkah jika aku iFAG?
Aku pun DroidFAG juga. Ada masalahkah jika aku DroidFAG?
Masing-masing punya minatlah kan.